**Oleh: Birru Aidan
-Dinasti Konbaung di Burma diasaskan oleh Alaungpaya (Alaungpaya menewaskan pemberontakan Mon tahun 1740). Cubaan Raja Burma untuk mengilhak kawasan atau wilayah di India secara berperingkat tidak disenangi oleh British yang turut menguasai India pada abad ke-19.
-Selepas mengilhak atau merampas Ayutthaya, Raja-raja Burma menguasai Arakan. Ini menyebabkan pelarian Arakan melarikan diri ke wilayah British di India. British enggan menyerahkan mereka. British juga tidak dapat mengelakkan pelarian Arakan menjadikan India sebagai markas untuk menyerang Raja Burma.
1824– Menurut Tarling, meskipun isu pelarian Arakan telah selesai, isu sempadan berikutnya timbul antara kerajaan Burma dengan British di India berhubung wilayah Assam, Maniphur, dan Chachar. Hal ini turut dipersetujui sarjana seperti Bastin & Benda. British mengisytiharkan perang tahun 1824 untuk memperkukuhkan sempadannya di India.
1826– Perjanjian Yandabo 1826 menyebabkan Burma menggugurkan segala tuntutan terhadap Assam dan daerah jajahannya. Burma seterusnya menyerahkan Arakan, Tenasserim dan Assam kepada British. Burma turut bersetuju mengelakkan campur tangan di Maniphur dan Cachar. Burma perlu membayar ganti rugi 1 juta pound kepada British. Keadaan ini memberi kelebihan kepada British dari aspek keselamatan.
– Perjanjian Yandabo 1826 turut menyebabkan wilayah pinggir laut Burma ditadbir oleh Gabenor-Jeneral India. Arakan diletakkan di bawah pemerintahan Bengal. Tahun 1828 pentadbir Arakan terletak dibawah Pesuruhjaya Chittagung; Tenasserim tetap di bawah pemerintahan Gebenor-Jeneral selama 6 tahun.
-Perjanjian Yandabo turut memperuntukkan pelantikan residen British ke Istana Ava demi melindungi kepentingan British. Namun, hubungan Istana Ava dengan British semakin tegang lanjutan sentimen keagungan Burma terhadap kerajaannya sendiri begitu kuat. Akhirnya status kediaman rasmi British ditarik balik.
– 1852– Walaupun Burma tahun 1828-1851 masih memiliki sebahagian kedaulatan di Hulu Burma (Upper Burma) dan kedaulatan penuh di Hilir Bumra (Lower Burma), kedudukan Hulu Burma (Upper Burma) semakin goyah. Ini kerana kerajaan British India menghantar tentera laut ke Ranggoon tahun 1852. British menakluk Hulu Burma (Upper Burma) termasuk seluruh kawasan dataran dari Wilayah Prome ke Toungo [termasuk Pegu]. Martaban ditadbir pesuruhjaya Tenasserim. Tahun 1862, kerajaan British India menyatukan Pegu, Arakan dan Tenasserim sebagai wilayah British Burma di bawah pentadbiran Pesuruhjaya Besar di Ranggoon.
–1853-1878: Burma kembali tenang. Pentadbiran Raja Mindon di Hilir Burma (Lower Burma) 1853-1878 memperlihatkan kemakmuran. Ini kerana Raja Mindon mengekalkan kedudukan harmoni dengan British. Hal ini merupakan lanjutan daripada kemakmuran perdagangan British dengan Burma sejak pembukaan Terusan Suez 1869.
–1878-1885: Hubungan British dengan Burma semakin tegang apabila Raja Thibaw menaiki takhta 1878 dengan mengamalkan monopoli perdagangan diraja. Tindakan Raja Thibaw menjalinkan perjanjian dengan Perancis tahun 1885 memperkukuhkan alasan British di India untuk menguasai Burma secara keseluruhan. Perang Inggeris-Burma 1885 menyebabkan British menakluk Hilir Burma (Lower Burma) dan memasukkannya sebahagian daripada empayar British India. British menjajah Burma secara langusng. Dinasti Konbaung berkakhir. Thibaw dihukum buang negeri ke Ratnagiri, Pantai Barat India.
“Establishment of Colonial Regime”. Tarling
John Bastin & Harry J. Benda. 1972. (Terj Zaharah Ahmad). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.