Konsep Imperialisme British

Kongsikan Bersama

**Oleh: Birru Aidan

**Cheah Boon Kheng bersetuju kosep imperialsme yang tepat ialah merujuk kepada yang dibawa oleh George Nadel dan Perry Curtis. Nadel dan Curtis menyatakan imperialisme bermaksud perkembangan kuasa atau kawalan, secara langsung atau tidak langsung, politik atau ekonomi, oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat yang lain. Sifat-sifat keunggulan [hegemony] oleh satu bangsa ke atas bangsa lain merupakan ciri imperialisme ditekankan oleh Nadel-Curtis.

-Sarjana Barat ramai bersetuju dengan analisis Hobson yang menetapkan pentarikhan tahun 1870 sebagai imperialisme Baru. Hobson lebih menitikberatkan faktor ekonomi sebagai faktor penting berbanding politik sebagai punca imperialisme. Faktor bukan ekonomi seperti kepercayaan tamadun dan kebudyaan Barat lebih unggul [superior] turut menjadi punca atau ciri kepada imperialisme baru. Malah faktor jingoism semangat patriotisme yang agresif dan kebencian terhadap negara lain [jingoism istilah dalam frasa lagu untuk penyokong British dalam perang Russo-Turkish War. Hal ini kerana British turut menghantar tenteranya di Mediterranean untuk mengekang Rusia. Mediterranean dianggap sebagai kawasan dominan British] memainkan peranan kemunculan imperialisme.

-Etherington pula menyatakan konsep imperialisme British berkembang daripada sekadar perluasan wilayah (kolonialisme) kepada penggunaan kuasa negara untuk mengejar objektif ekonomi di luar sempadan negara. Ia sering ditakrifkan sebagai “perolehan peluang ekonomi secara berterusan melalui tekanan politik”.

-Sepanjang abad ke-19 dan ke-20, konsep ini beralih daripada “Imperialisme Perdagangan Bebas” (kawalan tidak formal melalui ekonomi) kepada “Imperialisme Baru” yang melibatkan penguasaan politik secara formal dan persaingan ketenteraan antara kuasa besar.

Cheah Boon Kheng
Etherington-Reconsidering Theories Imperialism
Martin-DevelopmentBritish Imperialism


Kongsikan Bersama

Leave a Reply