Ekonomi Perancis, Ambang Revolusi 1789

Kongsikan Bersama

*Oleh: Birru Aidan:)

Kemelesetan ekonomi tahun 1770 hingga 1780-an merupakan antara faktor berlaku Revolusi Perancis 1789. Perkara ini dibuktikan apabila kegiatan industri dan perdagangan Perancis berhadapan dengan ketidakupayaan memperoleh kemudahan kredit. Perkembangan ini seterusnya menyebabkan golongan buruh hilang pekerjaan. Ia ekoran industri Perancis tidak berupaya untuk membayar upah yang lebih, sebaliknya terpaksa mengurangkan upah kepada golongan pekerja khususnya di kawasan bandar. Bantuan Raja Louise XVI mendanai perang Kemerdekaan Amerika juga menyebabkan krisis kewangan Perancis semakin meruncing.

Bidang pertanian yang terjejas juga merupakan bukti kemelesetan ekonomi melanda Perancis. Hasil pertanian kurang memberangsangkan sejak tahun 1786. Ia lanjutan Perancis mengalami kemarau teruk tahun 1785. Hal ini sekaligus menyebabkan harga barang makanan seperti roti meningkat. Peningkatan harga roti menyebabkan kemarahan petani kerana mengurangkan kuasa beli mereka sebagai pengguna majoriti dalam kalangan penduduk Perancis.

Sungguhpun masalah ekonomi mendorong tercetusnya Revolusi Perancis 1789, kesannya yang memberi impak buruk seperti kebuluran tidak begitu ketara. Lee contohnya menegaskan masalah kebuluruan atau kelaparan kurang berlaku di Perancis tahun 1780-an. Hal ini kerana masalah kebuluran yang serius hanya terjadi pada tahun 1693-1694 dan 1709-1710. Manakala masalah kebuluran seterusnya berlaku pada tahun 1725, 1740, 1759, 1766-1768. Malah, ketika pemerintahan Raja Louise XIV pula menunjukkan kadar kebuluran adalah rendah. Selain itu, tahun 1741 dan 1746, Perancis mengalami pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
Photo by: almanachdegotha.org

Meskipun kemelesetan ekonomi mendorong Revolusi Perancis, faktor kebimbangan golongan elit seperti bangsawan dan borjuazi juga mendorong revolusi terjadi. Kebimbangan mereka adalah lanjutan perspektif bahawa “kejutan” kemelesetan ekonomi tahun 1970-an hingga 1780-an telah menjejaskan “nikmat [keuntungan]” yang mereka kecapi berbanding tahun sebelumnya.


Lee, S.J. 1982. Aspect of European History 1789-1980. London & New York: Routledge.

Mary Charlesworth. 1972. Revolution in Perspective, People Seeking Change, 1775 to the Present Day. Holland: Eurobook Limited.


Kongsikan Bersama