Yahudi Era Uthmaniyah

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

**Oleh: Birru Aidan**


– Orang Arab atau Muslim yang lahir selepas 1948, selepas Israel ditubuhkan, tidak mengetahui tentang realiti [berhubung budaya integrasi Yadudi di Iraq dgn Arab secara aman; berkenaan perbezaan Yahudi Eropah dengan Yahudi Arab etc]. Mereka menurut Avi Shlaim hanya mengetahui konflik yang berlaku antara Palestin sejak 1948. Pesekitaran di Timur Tengah sebelum itu sangat berbeza. Tamadun Yahudi pada abad ke-20 telah dipinggirkan dengan elemen nasionalisme. Ini berbeza dengan  pendekatan kerajaan Uhmaniyah yang meraikan kemajmukan (pluarlisme). 

– Semasa negara Islam pertama kali diiasaskan di Madinah, masyarakat Yahudi diberi perhatian luas  dalam Piagam Madinah. Penekanan tersebut merupakan satu pendekatan toleransi Islam terhadap masyarakat Yahudi dan Kristian ekoran memiliki persamaan  sebagai “people of the book” atau “ahli kitab” sebagaimana diutarakan sarjana seperti Ozay Mehmet. Menurut Albert Hourani mereka dilabel sebagai ahli kitab eoran memiliki konteks asas persamaan dengan spiritual Muslim iaitu mempercayai tuhan, nabi dan hari pembalasan. 

Semasa penaklukan Konstantinople oleh Kerajaan Uthmaniyah, masyarakat Kristian dan Yahudi diberi pengkiktirafan rasmi. Patriach [Ketua agama komuniti Krisitan] dan Raabi [Ketua agama komuniti Yahudi] menerima pelantikan rasmi dari Sultan dan memaklumkan kepada sultan Uthmaniyah permasalahan berkaitan komuniti mereka. Isu-isu berkaitan kes sivil diselesaikan sesama mereka sendiri berdasarkan hukum qanun dan adat.  

-Walaupun Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah kerajaan yang memimpin empayar Muslim, ia menerapkan dasar kepelbagaian etnik dan kepelbagaian bahasa, serta menjamin hak awam, agama kepada semua golongan minoriti. Yahudi menurut Shlaim berkembang maju pada zaman Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniyah memberikan autonomi kepada setiap komuniti agama menerusi sistem millet. Millet menurut Ozay Mehmet membenarkan komuniti bukan Islam iaitu Armenia, Greek dan Yahudi untuk berkembang maju mengikut bangsa tersendiri. Kerajaan Uthmaniyah jarang mencampuri urusan  dalaman masyarakat Yahudi dan Krisitan dalam wilayahnya selagi mereka tidak memberi kemudaratan seperti bersekutu dengan  kuasa asing. Semasa Mesir diperintah oleh wakil sultan Uthmaniyah iaitu Kedif Muhammad Ali Pasha pada awal abad 19, beliau memberi penekanan persamaan agama. Masyarakat Yahudi dan Kristian dari pelbagai bangsa disambut baik di Mesir. 

-Sebahagian masyarakat bukan Muslim dalam wilayah Uthmaniyah memiliki pengaruh tersendiri. Contohnya terdapat golongan Armenia menjadi pegawai bank di Constantinople, manakala masyarakat Yahudi menjadi pegawai bank di Baghdad. Seorang rakyat Algeria Berber dibawah pemerintahan Uthmaniyah misalnya boleh pergi ke Istanbul tanpa menggunakan passportToleransi kerajaan Uthmaniyah terhadap masyarakat Yahudi dipersetujui oleh sarjana Israel sendiri yang meneliti perkembangan komuniti tersebut di Iraq. Iraq menurut Shlaim merupakan contoh terbaik kemajmukan (pluralisme). Di Iraq sebelum tahun 1948 tiada “masalah Yahudi”, namun di Eropah, masyarakat Yahudi merupakan “orang lain”. Di Iraq, Yahudi bukan “orang lain” dan tidak tinggal dalam ghetto (petempatan khas masyarakat Yahudi). Ghetto berbeza dengan Millet kerana ghetto ciptaan Barat sinonim sebagai sebuah kawasan khas asingan yang miskin untuk sesebuah komuniti masyarakat

-Selepas kekalahan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama, pemimpin Eropah “membentuk semula” Timur Tengah mengikut imej Eropah sendiri, dengan menjadikan nasionalisme sebagai prinsip panduan. Nasionalisme menurut Shlaim merupakan gerakan pemecahbelah. Eropah menurut Ozay Mehmet pula mengambil kesempatan terhadap sistem Millet anjuran Uthmaniyah (yang asalnya menfokuskan perkembangan kemajuan etnik bukan Muslim) kerana Eropah mengembangkan semangat nasionalisme Eropah dalam wilayah Uthmaniya untuk melemahkan empayar Uthmaniyah sendiri.

– Justeru, perkembangan ini menyebabkan sarjana seperti Shlaim mempercaya bahawa budaya politik dan budaya ekonomi Kerajaan Uthmaniyah lebih sesuai berbanding dengan rangka kerja nasionalis Eropah iaitu mengasingkan negara bangsa mengikut sempadan dalam kalangan masyarakat sehingga mencetuskan konflik yang tidak berkesudahan. Petempatan yang dibentuk oleh kuasa Barat seperti British dan Perancis semasa Perang Dunia Pertama terhadap wilayah-wilayah Uthmaniyah tidak sesuai dengan budaya dan kawasan tersebut yang dikenali sebagai sindrom pasca Uthmaniyah (post-ottoman syndrome). Antara satu ciri sindrom pasca Uthmaniyah adalah kekurangan keabsahan pemerintah. Pemerintah yang dipilih oleh kuasa Eropah tidak sah, sempadan di Timur Tengah juga tidak sah. Sindrom pasca Uthmaniyah mencetuskan persengketaan dan konflik berpanjangan.



Avi Shlaim on Arab-Jews, Zionism
and Israel. Islam Channel. Mac 2024. https://www.youtube.com/watch?v=gvhL2Sy5FE.  

Ozay Mehmet 

Alber Hourani


Kongsikan Bersama