*Oleh: Ezafel Hakimi:)
Mitos dan lagenda merupakan unsur yang dilihat dominan dalam karya kesusasteraan Melayu klasik. Mitos-mitos dikemukakan berdasarkan pola kepercayaan serta perkaitan pemikiran masyarakat terhadap unsur-unsur animisme yang mendasari kehidupan mereka. Lagenda pula didefinisikan sebagai cerita yang serius, dipercayai sebagai benar dan mengandungi cerita luar biasa. Takrifan lagenda juga dirujuk sebagai cerita prosa rakyat menerusi ketokohan seseorang individu yang dipercayai mempunyai sifat luar biasa serta dibantu oleh “kuasa” yang lain.
“Titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah oleh pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?” Maka sembah segala Orang Besar-besar, “Benarlah seperti titah duli tuanku itu.” Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka apa titah baginda, “Apa nama kayu itu?” Maka sembah orang, “Kayu Melaka namanya, tuanku, “Maka titah Raja Iskandar Syah, “Jika demikian, Melakalah nama negeri ini.” (Sulalatus Salatin, Hlmn 71)
“Apa bicara tuan hamba sekalian, baiklah kita menyuruh ke benua Siam; apa sudahnya kita beralangan selama ini, kita berkelahi dengan dia pun tiada, dan berdamai pun tiada; orang Siam tiada datang ke Melaka dan orang Melaka pun tiada pergi ke Siam.” (Sulalatus Salatin, Hlmn 14-33)
A. Samad Ahmad (Penyelenggara). 2018. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairun Ain Nadiah et al. 2014. Unsur Mitos dan Lagenda yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Karya Agung Melayu. Dicapai pada 6 Januari 2021.
Zakaria N., M.H.M, Harun M., & Mohd, F.H. 2019. Unsur Mitos Berdasarkan Teks Sastera Melayu Tradisional. International Journal of Humanities, Philosophy and Language. 2(6): 78