*Oleh: Jacqueline Salomi:)
Kepimpinan yang baik akan membawa kepada kesejahteraan sesebuah negara. Masalah kepimpinan merupakan antara punca kekalahan China dalam Perang China-Jepun tahun 1894-1895. Masalah kepimpinan amat ketara dalam politik China akhir abad ke-19. Ini disebabkan oleh pemimpin-pemimpin China yang terlampau mementingkan kepentingaan diri sendiri. Mereka tidak bersatu dalam banyak perkara terutamanya dalam bidang ketenteraan. Masalah yang paling jelas dalam kepimpinan China adalah mereka sanggup menjatuhkan antara satu sama lain. Selain itu, amalan rasuah dan salah guna wang atau dana yang disalurkan untuk ketenteraan turut memaparkan kepincangan kepimpinan China. Sebagai contoh, dana yang diperuntukkan untuk ketenteraan telah digunakan untuk membaiki istana Maharani Dowager iaitu Summer Palace.
Jelasnya, masalah kepimpinan merupakan salah satu sebab China kalah dalam Perang China-Jepun. Sikap pemimpin-pemimpin yang tidak bersatu dan saling menjatuhkan antara satu sama lain memburukkan lagi keadaan peperangan tersebut.
Immanuel C. Y. Hsu. 1995. The Rise of Modern China. New York: Oxford University Press.
Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.