*Oleh: Birru Aidan:)
Usaha China memodenkan negaranya standing dengan Barat memperlihatkan beberapa kegagalan ketika Gerakan Menguatkan Diri (GMD) dilancarkan 1861-1895. Bukti yang jelas adalah China terpaksa menghadapi kekalahan dengan pihak luar dalam tempoh tersebut. Contohnya, China menghadapi kekalahan perang dengan dengan Perancis pada tahun 1884 dan dengan kekalahan dengan Jepun pada tahun 1895.
Kegiatan persyarikatan yang lemah juga mendorong kegagalan GMD. Hal ini terjadi berikutan berlaku unsur nepotisme dalam projek ekonomi tersebut. Pada peringkat awal, konsep persyaraikatan yang ditekankan dalam GMD adalah perlunya usahasama antara kerajaan sebegai penyelia kepada syarikat dan golongan swasta atau pedagang sebagai pengurus operasi syarikat. Sungguhpun demikian, bahagian pengurusan atau golongan swasta cenderung untuk mengagihkan keuntungan sesama mereka berbanding tumpuan untuk menanam kembali modal atau pelaburan. Hal ini menyebabkan kerajaan bertindak memonopoli sesuatu syarikat dalam GMD sehingga membantutkan kecekapan pengeluaran ekoran golongan swasta tidak memiliki inisiatif dalam pengurusan operasi sesebuah syarikat.
Sumbangsih Nota Kuliah Al-marhum Dr. Azhar Mad Aros (Pensyarah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya). 2014.
Chong Yock Sin. 1977. “The ‘Self Strengthening’ Movement”. dlm The History of South-East, South, and East Asia: Essays and Documents. Khoo Kay Kim (ed). Kuala Lumpur: Oxford University Press. 329-335.